Planet-planet
>> Saturday, 28 August 2010
Musim sejuk kian berakhir. Tahap kebekuan yang makin berkurangan pada malam hari membuatkan percerap-pencerap tegar di New Zealand makin ligat menghabiskan masa di malam hari untuk merakamkan imej-imej cantik di langit. Maklumlah, pada waktu ini malam lebih panjang daripada siang berbanding pada musim panas.
15 Ramadan yang lalu bersempena bulan purnama atau bulan penuh, bulan kelihatan sangat cantik dan kebetulan pula cuaca pada malam itu sangat cerah, inilah hasil terbaik oleh salah seorang ahli astronomi Nz.
Berikut adalah gambar-gambar planet di sistem suria kita yang dapat dilihat dari permukaan bumi. Kalau pencerapan dibuat di angkasa melalui satelit, imej akan lebih jelas. Gambar hasil cerapan ahli astronomi Nz pada Jumaat malam Sabtu, 27 Ogos 2010.
Planet Venus hanya kelihatan sebahagiannya saja kerana itu adalah cahaya pantulannya dari matahari. Venus terletak lebih hampir dengan matahari berbanding bumi (planet kedua dari matahari).
Musytari, planet terbesar di sistem suria, ada lebih 60 bulan. Hanya 4 daripadanya yang femes sebab dapat dilihat dari teleskop-teleskop biasa. Tapi hanya 3 bulan saja yang kelihatan pada gambar di atas ni. Mungkin kerana 1 lagi tersorok di belakang planet tu.
Planet zuhal sangat glemer dengan gelangnya yang cantik. Musytari pun ada gelang, tapi tak berapa jelas. Apa-apapun, Zuhal memang cun. Kecantikan zuhal ni dapat dibuktikan dengan gambar-gambarnya yang dicerap oleh teleskop-telekop di angkasa. Read more...





