Tak lama lagi... Sudah mahu pulang...

>> Thursday, 24 December 2009

ITINERARY


Departing:Kuala Lumpur(KUL - Kuala Lumpur Intl Terminal M) on Sat, 02 Jan 2010, 1215 hrs
Arriving:Singapore(SIN - Changi Intl) on Sat, 02 Jan 2010, 1310 hrs
Flight:SQ109 (B777-200/200ER)

Departing:

Singapore(SIN - Changi Intl Terminal 3) on Sat, 02 Jan 2010, 1945 hrs
Arriving:Christchurch(CHC - Christchurch Intl) on Sun, 03 Jan 2010, 1030 hrs
Flight:SQ297 (B777-200/200ER)



Sekejap nye rasa balik Malaysia kali ni... tak sampai pun sebulan bercuti...
Apa nak buat... banyak tugasan yang menanti...

Read more...

Holiday....!! Yeeehaaaaa~

>> Thursday, 10 December 2009

Hari ini:
[08.00-09.20] Christchurch--->Auckland
[14.15-20.05] Auckland--->KLIA

Doakan perjalanan aku selamat pergi dan pulang
Amiinn....

Read more...

Musim Panas

>> Friday, 4 December 2009

Sedar tak sedar dah 4 hari di bulan Disember
Cuaca yang sejuk membuatkan aku tak rasa sekarang ni musim panas
Bangun pagi tadi menggigil kesejukan sebab suhu bilik macam dalam peti sejuk
Terpaksa kuatkan diri ke ofis sebab kerja bertimbun
Duduk kat ofis pun macam dalam peti ais... [heater Uni tak berfungsi pada musim panas]
Tangan dah beku semasa menaip
Sejuknya... Sejuknya... Sejuknya...
....

Meeting kedua semalam berjalan dengan baik
Alhamdulillah rasa bertambah confident untuk melalui hari-hari seterusnya
Walaupun penat sampai rasa nak pengsan...

Read more...

Meeting Pertama

>> Thursday, 26 November 2009

Aku dah tercungap2 mengayuh basikal. Mata berair kerana menahan kelajuan angin. Dalam hati, aku hanya mampu berdoa yang terbaik untuk apa yang bakal terjadi nanti. Aku dah maklum tentang meeting ini akan bermula pukul 9 pagi. Sampai saja di bangunan fizik itu, aku dah merangka pelbagai alasan untuk diberikan kepada mereka. Tepat 9.05 pagi, aku berdiri di depan bilik tersebut. Pintu diketuk, tapi tak ada jawapan. Jeng jeng jeng, aku semakin gelabah. Salah tempat kah aku? Kaki melangkah hingga hingga ke hujung aras. Tak ada sesiapapun di situ.

Habis la aku kali ni. Debar-debar menunggu sesiapa yang akan lalu. Untuk mengurangkan kegelisahan, aku masuk ke bilik komputer, cek email. Mana tau kot2 lecturer ada bagi email. Tak ada email baru. Beberapa minit kemudian, aku terdengar suara orang bersembang di laluan berdekatan. Suara dia! Haha... Aku menjenguk keluar, tenang je muka lecturer tu menyapa aku. Kemudian, ada seorang lagi lalu dibelakangnya. Itu student phd yang sepatutnya turut sama dalam meeting pagi ni. Hanya senyuman yang dapat kuberikan.

Oleh kerana aku rasa seperti terselamat dan masih mempunyai masa, aku pergi ke toilet untuk melihat cermin. Aku rasa seperti bernasib baik. Banyak betul kesilapan pada pakaian aku terutamanya tudung! Sekurang-kurangnya aku dapat menutup sedikit kotoran yang aku tak tahu dari mana datangnya.

9.15 pagi. Semua baru hadir. Rupa-rupanya bukan aku saja yang tak tepati masa. Tapi tak apa, aku tak terlambat. Oleh sebab aku tak bersedia apa-apa, aku hanya mendiamkan diri. Aku faham kenapa lecturer tu suruh aku hadir. Saja nak aku tahu serba sedikit cara menyampaikan laporan mingguan. Sesekali ada yang bertanya kefahaman aku. Kali ini, aku tak banyak berangan seperti sebelum ni. Tapi ada la sikit. Huhu...

Read more...

Cuti dah nak abis...

>> Wednesday, 18 November 2009

Sekali lagi aku rasa seperti berterbangan di langit...
Seronoknya kalau dapat pegang benda-benda yang berkelip kat angkasa tu
Hakikatnya, aku berada di tingkat 8 bangunan Fizik
Berhadapan dengan lecturer... Betul ke apa yang aku buat ni?
Ntah la, kadang-kadang rasa ragu-ragu dengan diri sendiri
Tahap keyakinan diri turun dan naik sesuka hati

Selesai mendengar penerangan, aku dibawa keluar
Aku hanya mengekorinya ke bilik lain
Nah, meja dan komputer... Tempat untuk aku bekerja?
Duduk kat sini 8 jam sehari... Selama 8 minggu
Alahai...

Berkerut-kerut dahi aku menunjukkan reaksi yang kurang pasti
Rasanya student-student PhD kat tepi-tepi tu mesti perasan ketidak-selesaan aku
Aku tak abis-abis mengangguk macam faham semuanya
Padahal dalam otak ni dah sampai ke planet mana ntah
Bukan dalam galaksi Bima Sakti lagi kot...

Next week, meeting!
Isnin pukul 10 pagi
Sekarang, mula study!!!
Ala.... Semua orang cuti lagi...
Burn la tiket ke Hamilton minggu depan~

Study... Study... Masa depan ni...

Read more...

Cuti Oh Cuti~

>> Monday, 16 November 2009

Sejak habis exam minggu lepas, kebosanan melanda diri
Hari ni genap 7 hari hidup menganggur
Tak ada aktiviti yang mendatangkan gaji
Hanya pengurangan duit poket berjaya dilakukan
Berbelanja memang menyeronokkan!
Hari-hari berlalu, menanti saat pulang ke kampung halaman
Tinggal 3-4 minggu saja lagi
Insya-Allah aku akan berangkat pulang ke KL 10 Dis ni

Dilema musim peperiksaan lepas dah diputuskan
Antara dua pilihan...
Dah terlalu banyak mengambil ruang dalam fikiran ini
Kini aku dah pasti dengan apa yang harus ku pilih
Semoga ia adalah pilihan yang terbaik
Aku tak pasti arah tujuku selepas ini
Harapanku, semoga ia merupakan jalan yang tepat
Berdiri di atas kaki sendiri memang payah
Apatah lagi bila duri-duri di jalanan sudah kelihatan
Sekali ku melangkah... Mungkinkah untuk aku berundur?

Read more...

Musim peperiksaan

>> Saturday, 31 October 2009

Nak masuk minggu kedua exam
Dah selesai 1 paper, 2 lagi bakal menyusul
2 paper yang boleh dikatakan lagi susah dari yg lepas
Kepala tiba-tiba nak jadi berserabut
Tapi sekejap-sekejap jadi kosong

Tak tahu apa sebenarnya nak difikirkan
Sepatutnya time ni kena tumpukan kat study
Suka-suka nak tambah kuantiti beban dalam otak
Dalam kesesakan minda nak menyerap ilmu, ada saja benda baru yang muncul

Belum puas merajuk, dah kena pujuk
Ala, tak sempat la nak mengada-ngada
Sebab aku tiba-tiba jadi baik (pelajar cemerlang!)
Haha... Sila jangan salah anggap dengan ayat ini
Okay lah nak story, cerita biasa saja ni
Pilihan yang perlu dibuat secepat mungkin!

Antara dua pilihan...

Satu:
Holiday, yeay!
Dah beli tiket ke Hamilton, Yeay lagi! (24-30 Nov)
Balik Malaysia dengan tenang dan tak perlu fikirkan study
Kesimpulan- Tak sakit kepala (Aku suka ni!!)
Tapi... kesian pulak kat lecturer2 yang semangat tu

Dua:
$3000 - Duit gaji (Tapi tak tolak harga tiket KL-ChCh lagi ~$1100)
Kerja 8 minggu- pengalaman penting ni!
Yeay, baik dengan lecturer!!
Panjang lebar dapat email dari lecturer tentang kelebihan2 yang lain
Tapi... Cuti 2-3 minggu je (tak dapat cuti lama kat Malaysia)
Burn tiket ke Hamilton $200 (ada sapa2 nak ganti?)
Mesti nanti jeles tengok orang lain cuti summer dengan gembira (Tak suka!!)

Inilah dia benda yang kadang-kadang menjelma di permukaan nota-nota study aku
Tapi tak selalu la, sebab aku malas nak fikir lebih-lebih
Tunggu la dulu, biar masa menentukan
Bak kata lecturer, tumpukan exam dulu

Seronoknya musim exam kali ni
Aku tak pernah rasa macam ni
3 minggu exam, 1 minggu 1 paper
Banyak la jugak masa untuk dibuang-buang
Lalu, bila dah suntuk, baru kelam-kabut
Ditambah pula dengan tangan yang semakin ligat bermain facebook

Semakin suntuk masa study, semakin laju proses belajar!
Ini la hipotesis yang telah dibuktikan oleh exam yang lepas...

Read more...

Cerita Bintang Dua

>> Monday, 26 October 2009

Jumaat lepas, aku berjaya siapkan laporan projek. Baru nak cari mood nak study, dah habis pulak study week (alasan tak cukup masa nak study).
Orang lain dah habiskan seminggu untuk mengulangkaji. Ini tidak adil! Haha.. Apa aku merepek ni...?

Mood hari ini, belajar dengan penuh semangat. Tapi laptop sentiasa di depan mata, internet sentiasa ON. Ada masa, boleh singgah facebook jap. Sekejap-sekejap, chatting. Apa nak jadi la dengan proses pembelajaran aku ni.

Tiba-tiba rasa nak sambung cerita minggu lepas. Maka, entry ini diberi nama 'Cerita Bintang Dua'. Kata-kata yang dapat menyimpulkan entry sebelum ini:

"We cannot hope to see the life story of any single star unfold before our eyes or telescopes."

Bila belajar sejarah saintis-saintis terdahulu (walaupun subjek sejarah paling dibenci suatu ketika dahulu..)
Mereka mencipta teori-teori awal, banyak yang dah disangkal
Tapi mereka tak tahu (macam mana nak bagitau?)
Apa pun, mereka tetap famous (tak kesahlah teori-teori merepek pun)
Okay, balik kepada topik asal

Spectrum cahaya dari bintang memberi maklumat ciri-cirinya
Apabila spectum bintang itu menyerupai spectrum bintang yang lain, mereka adalah serupa
Cara bintang tersebut lahir (mula hidup) dan cara ia mati adalah serupa dengan bintang yang sama jisim dengannya (sebab kandungan tenaga dalam jasadnya)
Penyelesaian untuk kaji kitaran hayatnya ialah dengan mengkaji bintang-bintang dalam sesebuah Cluster (kumpulan bintang-bintang yang lahir pada waktu yang sama dan dari sumber yang sama)

Dah penat bebel panjang lebar pasal benda ni dalam report
Dan aku rasa banyak sangat dah info pasal ni dalam internet (macam ade je orang nak search)
Nak tamatkan kisah bintang ni kat sini sebab bosan nak taip benda ni berulang-ulang
So, tukar cerita....

Kumpulan bintang-bintang yang ada kat langit dah banyak yang dikaji sehabis-habisnya
Setiap apa yang berlaku, boleh dikatakan ada saja orang yang tengah memerhati
Kadang-kadang ada yang bertanya, kenapa perlu kaji bintang?
Apa kepentingan ilmu ini kepada manusia?
Bila fikir-fikir balik, tak tahu pulak nak jawab apa bila ditanya
Tapi, setakat ilmu 3 tahun aku belajar kat sini
Bolehlah aku simpulkan, faedah kajian-kajian bintang ini untuk para pengkaji bintang juga
Contohnya, bintang-bintang Cepheid dijadikan sebagai 'kayu pengukur' untuk mengira jarak kepada galaxy-galaxy berhampiran (ni tajuk research project Term 3 lepas, ni pun malas nak cerita)
Ada kesan kepada manusia tak?
Mana tahu, pada masa akan datang, faedahnya bertambah lagi

Bila mula buat projek sendiri, baru la nak gunakan segala ilmu sejak dari tahun pertama aku belajar kat sini
Cari-cari maklumat kat internet, rupanya semua ada dalam nota-nota yang dah sekian lama tersimpan
Nampak sangat dulu study untuk exam je
Sambil menaip report sendiri, baru faham apa yang telah dipelajari dulu-dulu
Tak apalah lambat pun, asalkan ilmu tu dapat diterima
Hahaha

Tiba masa untuk study!

Read more...

Cerita Bintang Satu

>> Wednesday, 21 October 2009

Memaksa diri untuk terus tekun belajar
Mana mungkin aku terus tumpukan perhatian
Peperiksaan akhir bakal hadir 7 lagi
Dan ketika ini aku masih sibuk menyiapkan tugasan
Laporan projek yang perlu dihantar Jumaat ini
Lagi 2 hari
Projek kajian 'kabus bintang'
Kenapa kajian ini perlu dilakukan?
Untuk aku, mungkin terpaksa...
Sebab aku perlu grad!
Untuk ahli-ahli Astronomi, kajian ini penting
Dan cerita ini bermula
.......................................


Melihat bintang di langit...
Apa yang terlintas di fikiran anda?
Adakah hanya gugusan cahaya yang tidak mendatangkan kesan kepada kita?
Atau ia adalah sesuatu yang perlu dikaji?
Mungkin ia ada kebaikan kepada manusia?

Persoalan-persoalan yang timbul ini lah yang membuatkan ilmu Astronomi menjadi ilmu tertua di dunia
Mengapa?
Kalau kita hidup pada zaman-zaman lampau, mungkin kita tahu mengapa ilmuan-ilmuan dahulu mengkaji bintang-bintang
Kerana ia berkaitan dengan perubahan musim, mungkin?
Dan nasib baiklah mereka mencatat segala yang terlintas di langit
Penting untuk saintis-saintis pada zaman ini
Segala catatan berkurun lama itu menjadi sumber ilmu yang ajaib!

Bila lihat ke langit, adakah kita terfikir, apa sebenarnya bintang itu?
Saintis dah buktikan, bintang mempunyai kitaran hidupnya, seperti manusia
Bagaimana kita tahu semua itu?
Kita tak boleh pergi ke Matahari, apatah lagi ke pusat gravitinya
Kita tak boleh ke bintang-bintang, ambil sedikit sampel untuk dijadikan bahan kajian
Caranya hanyalah dengan menggunakan teleskop yang besar, kaji cahayanya

Mustahil untuk kita dapat tahu proses kehidupan bintang itu dengan hanya mengkaji satu bintang sahaja
Jangka hayat bintang adalah berjuta-juta kali ganda berbanding jangka hayat manusia
Mana mungkin kehidupan sepanjang hayat sebiji bintang itu dapat diceritakan meskipun ia telah mula dikaji oleh ilmuan-ilmuan terawal


................................................
Cerita ini perlu dihentikan di sini...

Kerana aku perlu siapkan tugasanku terlebih dahulu


Bersambung...

Read more...

Bintang-bintang

>> Sunday, 18 October 2009

Kaki mengayuh basikal selaju yang mampu
Harap tak terlewat untuk sampai ke kelas kegemaranku itu

Sejak akhir-akhir ni selalu pulak melewatkan diri ke kelas

Bukan tak sengaja, saja menambah aktiviti di pagi hari

Apa lagi kalau bukan bermain-main permainan di internet
Bila dah suntuk, baru kelam-kabut menyiapkan diri

Lalu, sampai saja di pintu masuk kelas, termengah-mengah dibuatnya

Duduk di tempat duduk biasa
Tidak terlalu depan dan bukan di belakang sekali

Nota-nota dikeluarkan daripada beg

Mengembalikan memori yang dipelajari hari-hari sebelumnya

Senyap, memerhati pensyarah di depan


Kelas Astronomi, ilmu alam semesta
Dipenuhi dengan teori-teori, nombor-nombor, simbol-simbol dan pelbagai gambaran

Apabila mendengar setiap penjelasannya, boleh masuk ke dalam dunia khayalan

Dan tiba-tiba berada di alam lain

Tidak dapat dinafikan, kadang-kadang terlena seketika

Inilah yang selalu berlaku sepanjang tiga tahun mengambil jurusan ini



Matahari memancarkan cahayanya... Pelangi di awan mengindahkan pandangan

Hari ini belajar mengenai "Stellar Evolution"

Kitaran hidup bintang-bintang di angkasa

Dan juga
Bintang terhampir dengan kita, Matahari

Setiap bintang akan dikelaskan mengikut ciri-ciri yang ada padanya
Biasanya ia akan dikelaskan kepada jisimnya untuk menceritakan kitaran hidupnya

Ini kerana, jisimnya lah yang akan menentukan jumlah sumber tenaga yang ada di dalam jasad bintang tersebut

Dan ketika ini, ilmu Fizik dan Kimia amat diperlukan

Persamaan-persaman Kimia yang menerangkan kehilangan tenaga dalaman, teori Fizik tentang pertambahan suhu, tenaga tarikan dan penolakan di bahagian dalam bintang


Pensyarah tersebut menjalankan tugasnya dengan baik sekali
Setiap teori akan dikaitkan dengan pemerhatian yang dibuat oleh ahli-ahli Astronomi

Bukan sekadar teori kosong, kerana setiap teori juga adalah daripada pemerhatian

Dan pemerhatian juga akan membuktikan teori yang dibuat adalah benar


Akan tetapi, sepanjang tiga tahun menuntut ilmu ini
Banyak juga teori-teori yang dipelajari hanya tercipta sebagai teori

Tidak ada yang membuktikan kebenarannya

Malah, ada yang akan disangkal oleh ahli Astronomi lain, dan mencipta teori baru

Pensyarah berdiri di depan ini juga pernah menyebut, dia pernah mencatat 50 alasan untuk menyangkal teori (yang ada dalam buku-buku teks) tentang kenapa bintang boleh bertukar ke saiz yang teramat besar berbanding saiz asalnya

Sambil menerangkan, dia sendiri tergelak kerana dia hanya menyangkal kebenaran teori tersebut, tetapi tiada teori baru yang dicipta


Pagi ini, aku belajar sesuatu yang menarik
Teori-teori dalam subjek "Stellar Evolution" ini dikaitkan dengan Matahari

Menarik bukan?

Bintang diibaratkan seperti manusia

Mempunyai jangka hayatnya sendiri

Awal kelahiran, muda, tua, dan pengakhiran hanyatnya... Letupan besar!

Dan Matahari juga satu hari nanti akan mengalami proses yang sama
Pensyarah tersebut membayangkan situasi yang bakal berlaku ketika itu

Semuanya hanya berkaitan dengan Matahari

Apa yang bakal berlaku pada Bumi?

Aku hanya melihat kitaran hidup Matahari yang dilakarkan
Tidak ada sedikitpun dikaitkan dengan Penciptanya

Masih kaburkah dengan kebenaran yang ada di langit dan di bumi?

Semuanya adalah bukti!

Bukti Yang Maha Berkuasa

Read more...

Kisah Suatu Petang

>> Sunday, 4 October 2009

Betul ke apa yang aku dengar dari lecturer tu?
Aku disuruh untuk menunggu seorang profesor di depan bilik itu
Dan, aku dibawa naik ke tingkat atas...
Aku seperti separa sedar... nak percaya ke tak nak ni?

Telan air liur beberapa kali...
Berdiri di tengah-tengah mereka yang disegani

Berdebar-debar jantung ni... Hampir pitam pun ada
Beberapa kali aku terleka
Padahal di depan mata sendiri, berdirinya seorang profesor
Aku diperkenalkan dengan semua dalam bilik itu
Kemudian, dengan penuh semangat memberi tunjuk ajar kepada ku
Pelajar-pelajar phd tadi melihat saja gelagat profesor itu
Apa lah nasib aku kali ni...


Pemandangan dari tingkat 8 bangunan Physics & Astronomy

Oh tidak.. aku berangan!
Please, berilah perhatian!Bisik hatiku, memberi peringatan kepada diri sendiri
Mengangguk penuh tekun
Mendengar syarahan khas
Hanya ditujukan kepadaku
Ya Allah...
Kenapa aku di sini...? Adakah ini realiti atau fantasi...?

Persoalan yang tak sepatutnya keluar waktu ini!

Sempat lagi mengambil peluang memerhati sekeliling
Bilik pelajar-pelajar tadi
Besar juga... Lengkap segala keperluan
Barang-barang di atas meja.... Mungkin mereka sedang sibuk kala itu
Lamunan tersentak bila lelaki itu menunjukkan sesuatu pada laptopnya
Menerangkan sesuatu kepadaku yang semestinya penting!
Aku lebih banyak mendiamkan diri
Sesekali menjawab apabila ditanya
Sememangnya aku berusaha untuk memahami

Wah, hebatnya dia!
Laju betul tangannya bermain-main dengan tetikus
Sekelip mata keluar berbagai-bagai jenis graf
Wah.... Canggihnya laptop itu....
Suatu hari nanti aku akan dapatkan satu laptop yang canggih!
Aku menggaru kepala yang taklah berapa gatal...
Kononnya sedang asyik sekali memahami apa yang mereka perkatakan

Akhirnya, aku dibenarkan pulang
Diberinya aku report hasil projeknya
Biar betul apa yang aku pegang ni!
Dan sekali lagi profesor itu berpesan kepada lelaki tadi
Supaya tidak lupa hantar data-data tadi kepada aku!
Eh, jap...
Apa sebenarnya yang aku kena buat ni...?

Read more...

Entry pertama

>> Thursday, 1 October 2009


Sempena meraikan entry ke-95 dalam private blog selama ini

Aku akan mulakan blog baru ini secara tidak private

Mungkin blog ini lebih kepada entry untuk dikongsi bersama

Tak ada luahan-luahan perasaan sangat la

Insya-Allah


Read more...

Lake Tekapo, New Zealand

Blogger templates made by AllBlogTools.com

Back to TOP