Meeting Pertama
>> Thursday, 26 November 2009
Aku dah tercungap2 mengayuh basikal. Mata berair kerana menahan kelajuan angin. Dalam hati, aku hanya mampu berdoa yang terbaik untuk apa yang bakal terjadi nanti. Aku dah maklum tentang meeting ini akan bermula pukul 9 pagi. Sampai saja di bangunan fizik itu, aku dah merangka pelbagai alasan untuk diberikan kepada mereka. Tepat 9.05 pagi, aku berdiri di depan bilik tersebut. Pintu diketuk, tapi tak ada jawapan. Jeng jeng jeng, aku semakin gelabah. Salah tempat kah aku? Kaki melangkah hingga hingga ke hujung aras. Tak ada sesiapapun di situ.
Habis la aku kali ni. Debar-debar menunggu sesiapa yang akan lalu. Untuk mengurangkan kegelisahan, aku masuk ke bilik komputer, cek email. Mana tau kot2 lecturer ada bagi email. Tak ada email baru. Beberapa minit kemudian, aku terdengar suara orang bersembang di laluan berdekatan. Suara dia! Haha... Aku menjenguk keluar, tenang je muka lecturer tu menyapa aku. Kemudian, ada seorang lagi lalu dibelakangnya. Itu student phd yang sepatutnya turut sama dalam meeting pagi ni. Hanya senyuman yang dapat kuberikan.
Oleh kerana aku rasa seperti terselamat dan masih mempunyai masa, aku pergi ke toilet untuk melihat cermin. Aku rasa seperti bernasib baik. Banyak betul kesilapan pada pakaian aku terutamanya tudung! Sekurang-kurangnya aku dapat menutup sedikit kotoran yang aku tak tahu dari mana datangnya.
9.15 pagi. Semua baru hadir. Rupa-rupanya bukan aku saja yang tak tepati masa. Tapi tak apa, aku tak terlambat. Oleh sebab aku tak bersedia apa-apa, aku hanya mendiamkan diri. Aku faham kenapa lecturer tu suruh aku hadir. Saja nak aku tahu serba sedikit cara menyampaikan laporan mingguan. Sesekali ada yang bertanya kefahaman aku. Kali ini, aku tak banyak berangan seperti sebelum ni. Tapi ada la sikit. Huhu...
0 comments:
Post a Comment