Genggam bintang di langit
>> Thursday, 15 July 2010
Baru saja selesai oral talk – 15 peratus daripada keseluruhan markah projek tahun ni. Rasa debaran semasa berdiri di hadapan ramai tadi terhenti sekelip mata. Betul ke dah habis ni? Macam mana performance aku tadi? Aku tak dengar komen dari siapa pun lagi. Tak ada wakil pelajar melayu yang saksikan persembahan aku yang selama 15 minit tadi. Walaupun dah ajak-ajak ayam… Hehe… Secara peribadi, aku dah buat yang terbaik dan yang termampu kulakukan. Tapi kalau dapat dengar komen dari kawan-kawan, dapat la aku perbaiki untuk yang akan datang Insya-Allah…
Tak sangka selama 15 minit aku berdiri sendirian di hadapan hadirin yang rata-ratanya dikalangan pensyarah-pensyarah dan pelajar PhD. Ini bukanlah kali pertama aku lakukan presentation di sini, cuma bezanya dulu hanya kurang 5 minit dan hanya disaksikan oleh rakan sekelas. Selesai sudah… Lega betul… Next, perkara yang perlu ditumpukan ialah selesaikan analisis data-data dan dapatkan result akhir! Tarikh akhir hantar final report ialah kurang dari 2 bulan dari hari ini.
Aku mengkaji bintang tak pernah kulihat bagaimana rupanya. Dengan hanya melihat gambarnya, adakah itu bintang yang sebenarnya aku kaji sejak Disember lepas? Mungkinkah aku telah diperdaya? Adakah bintang itu tahu aku sedang memerhatikan segala perubahan sifatnya? Data yang diperoleh diubah suai menjadi spectrum yang cantik. Sedangkan rupa asalnya jauh berbeza dari nombor-nombor yang tertera di skrin komputer.
Itulah permainanku setiap hari sepanjang tahun ini. Aku memang mengkaji bintang. Bila ditanya di mana tempatnya, apa rupanya, aku tak tahu… Bintang itu tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Terlalu jauh dan cahayanya tak terang seperti bintang-bintang kelihatan pada malam hari. Tugasku hanya menganalisis data yang diperolehi daripada pemerhati di balai cerap di sini. Data yang diambil perlulah benar-benar berkualiti untuk proses analisis. Kajian ku hanya berkisar tentang bintang-bintang yang berdegup seperti jantung. Menarik


0 comments:
Post a Comment