Cerita Bintang Satu
>> Wednesday, 21 October 2009
Memaksa diri untuk terus tekun belajar
Mana mungkin aku terus tumpukan perhatian
Peperiksaan akhir bakal hadir 7 lagi
Dan ketika ini aku masih sibuk menyiapkan tugasan
Laporan projek yang perlu dihantar Jumaat ini
Lagi 2 hari
Projek kajian 'kabus bintang'
Kenapa kajian ini perlu dilakukan?
Untuk aku, mungkin terpaksa...
Sebab aku perlu grad!
Untuk ahli-ahli Astronomi, kajian ini penting
Dan cerita ini bermula
.......................................
Melihat bintang di langit...
Apa yang terlintas di fikiran anda?
Adakah hanya gugusan cahaya yang tidak mendatangkan kesan kepada kita?
Atau ia adalah sesuatu yang perlu dikaji?
Mungkin ia ada kebaikan kepada manusia?
Persoalan-persoalan yang timbul ini lah yang membuatkan ilmu Astronomi menjadi ilmu tertua di dunia
Mengapa?
Kalau kita hidup pada zaman-zaman lampau, mungkin kita tahu mengapa ilmuan-ilmuan dahulu mengkaji bintang-bintang
Kerana ia berkaitan dengan perubahan musim, mungkin?
Dan nasib baiklah mereka mencatat segala yang terlintas di langit
Penting untuk saintis-saintis pada zaman ini
Segala catatan berkurun lama itu menjadi sumber ilmu yang ajaib!
Bila lihat ke langit, adakah kita terfikir, apa sebenarnya bintang itu?
Saintis dah buktikan, bintang mempunyai kitaran hidupnya, seperti manusia
Bagaimana kita tahu semua itu?
Kita tak boleh pergi ke Matahari, apatah lagi ke pusat gravitinya
Kita tak boleh ke bintang-bintang, ambil sedikit sampel untuk dijadikan bahan kajian
Caranya hanyalah dengan menggunakan teleskop yang besar, kaji cahayanya
Mustahil untuk kita dapat tahu proses kehidupan bintang itu dengan hanya mengkaji satu bintang sahaja
Jangka hayat bintang adalah berjuta-juta kali ganda berbanding jangka hayat manusia
Mana mungkin kehidupan sepanjang hayat sebiji bintang itu dapat diceritakan meskipun ia telah mula dikaji oleh ilmuan-ilmuan terawal
................................................
Cerita ini perlu dihentikan di sini...
Kerana aku perlu siapkan tugasanku terlebih dahulu
Bersambung...
0 comments:
Post a Comment