entry di hari jadi
>> Tuesday, 19 January 2010
Happy birthday to me
Happy birthday to me
Happy birthday to me
Happy birthday to me
Alhamdulillah, aku benar-benar bersyukur atas nikmat Allah yang tidak putus-putus ini. Hari ini, genap 23 tahun umurku. Aku betul-betul berterima kasih buat sahabat-sahabat yang ada di sini meraikan aku. Aku gembira dengan ucapan-ucapan dan doa-doa dari kawan-kawan di facebook. Tahun demi tahun, sambutan ulang tahun kelahiran bukanlah satu perkara yang teramat aku nantikan. Cukuplah sekadar aku dapat bersendirian dan melayan perasaan berseorangan, itulah yang biasa aku lakukan... Bagiku, hari ini sebenarnya hari istimewa buat Ummi yang melahirkan aku dan membesarkan aku. Dialah insan yang sebenar-benarnya layak untuk diraikan pada hari ini. Ummi, Nash sayang Ummi... Rindunya rasa...
Berita gembira di hari lahir... Aku dah dapat surat pengesahan daripada pihak universiti bahawa aku diterima untuk ke tahun kepujian (honours). Alhamdulillah, masih ada rezeki di sini... Insya-Allah, ianya mengambil masa setahun. Masih banyak yang perlu diuruskan sebelum bulan Februari. Urusan dengan JPA untuk sambung scholarship, medical check-up untuk visa, accommodation, bla...bla...bla... Tidak lupa juga tugasan semasa: selesaikan summer project (report dan presentation).
Ramai yang bertanya tentang project yang sedang aku lakukan sekarang. Dan mungkin jawapan-jawapan yang aku berikan tak menjelaskan kesemuanya. Yelah, aku pun tak tahu sangat apa yang aku buat sekarang ni. Ikut saja arahan supervisor. Yang aku tahu, ia berkaitan dengan sebiji bintang (apa penjodoh bilangan untuk bintang ye?). Hehe. Insya-Allah, entry akan datang aku akan cerita okay? Sebab sekarang ni aku dah dapat sedikit gambaran tentang kerja pelik yang aku buat tiap-tiap hari ni.
2 comments:
nash sayang, happiness is doing what u have 2 do. kira masuk kandang kerbau menguak n kandang kambing mengembek... umi
nashiiiiii~
Post a Comment