My Sunny Weekend

>> Monday, 25 January 2010

Kali ni aku nak ceritakan pengalaman yang aku lalui weekend yang lepas. Ketika Chch dilanda hujan yang tidak henti-henti di hujung minggu, aku menikmati cahaya matahari dan keindahan alam jauh dari Chch. Dan kisah ini bermula...

Khamis 21 Januari

Seperti biasa, aku membentangkan segala kerja-kerja minggu lalu di hadapan Cikgu Karen. Aku kemudiannya diberi senarai tugasan baru untuk diselesaikan dalam masa seminggu. Petang itu, dia mengajak aku ke Tekapo Village keesokan hari untuk melawat balai cerap yang terletak di Mt John. 250 km dari Christchurch. Aku tak semena-mena terpaksa buat keputusan segera dihadapannya. Tanpa berfikir panjang aku hanya menyetujui segala rancangannya. Aku akan berada di sana hanya untuk 1 malam sahaja.


Jumaat 22 Januari

Tepat pukul 9 pagi aku dah terpacak di perhentian bas Waimairi Road. 10 minit kemudian, aku sudah berada di dalam kereta milik Cikgu Karen. Tiba-tiba dia mengubah sedikit rancangannya di mana kami perlu berada di sana selama 2 malam. Aku hanya mengangguk tanda bersetuju. Cikgu Karen membawaku ke rumahnya terlebih dahulu kerana dia belum lagi berkemas. Setelah 10-15 minit berada di rumahnya, kami bertolak ke Tekapo. Sepanjang perjalanan yang mengambil masa selama 3 jam setengah, kami banyak berbual-bual mengenai perkara yang tidak berkaitan dengan akademik. Sedikit sebanyak, kami bercerita tentang latar belakang diri dan juga tentang keindahan New Zealand. Kadang-kala dia juga bertanya beberapa perkara tentang agama seperti makanan halal. Kami berhenti rehat di Geraldine untuk minum pagi dan meneruskan perjalanan ke Tekapo.

Tekapo Village dari Mt John

Tiba di Mt John, Cikgu Karen terus ke bertemu dengan kenalan-kenal
annya. Sebenarnya, tujuan asal dia ke sini adalah untuk menghadiri mesyuarat. Baruku tahu bahawa dia sebenarnya pengarah Balai Cerap Mt John. Sebelum mesyuarat bermula, aku dijemput masuk ke bilik tersebut. Mulanya aku agak terkejut dan ingin menolak. Tetapi, aku hanya mampu mengikut kerana ahli mesyuarat yang hadir ingin memperkenalkan diri dan juga perkenalkan pelajar masing-masing. Ada seorang pelajar yang dengan yakinnya menerangkan kajian yang sedang dia lakukan. Ketika ini aku terasa begitu kerdil diri ini kerana tidak bersedia untuk memberi sepatah dua ucapan sedikitpun. Syukurlah 'hint' yang aku berikan kepada Cikgu Karen berjaya difahami. Aku terlepas daripada memalukan diri sendiri dan cikgu dihadapan semua orang kerana ternyata aku tidak tahu apa yang harus aku katakan.

Kemudian, aku diberikan kerusi di sudut bilik andai kata aku ingin mendengar segala perbincangan dalam bilik mesyuarat itu. Perbincangan mereka mengenai 'Starlight Reserve' di mana mereka ingin mendapatkan perlindungan undang-undang untuk menambahkan kemalapan lampu-lampu pada waktu malam untuk mengekalkan keindahan sinaran cahaya bintang di bumi. Petang itu, cikgu Karen temankan aku jalan-jalan sekitar Mt John. Kami hanya melalui walking track dan dia seakan-akan 'tourist guide' aku pada masa ni. Banyak juga pengetahuan baru yang aku dapat. Jam 6, kami menonton tv bersama-sama kerana perbincangan mesyuarat tersebut disiarkan di berita TV1.

Rumah Tempat menginap

Jam 7 petang, aku ke rumah Encik Alan dan Puan Pam untuk menginap dirumah mereka. Mereka tinggal berdekatan dengan balai cerap dan hanya memakan masa 3 minit berjalan kaki. Aku terpaksa berkongsi bilik dengan Cikgu Karen. Pertama kali dalam sejarah hidup berkongsi bilik dengan orang putih. Nasib baik cikgu perempuan. Aku diajak untuk sama-sama makan malam di Tekapo Village yang jauhnya 4 km dari Mt John. Lega rasanya bila cikgu Karen memahami situasi aku yang terhad untuk memilih makanan. Kami makan di restoran pizza yang seakan-akan bar. Duduk di kalangan mereka memang terasa janggal apatah lagi masing-masing meng'order' beer. Terasa seperti ingin melarikan diri apabila mereka tidak henti-henti bersembang setelah selesai makan selama setengah jam. Memang kebiasaan mat saleh berbual-bual kosong terlalu lama di meja makan.

Kami kembali ke Mt John jam 9 sebelum matahari terbenam. Jam 10.30, aku ikut Cikgu Karen ke balai cerap untuk mengajarku serba sedikit tentang alatan percerapan. Sebenarnya, terdapat banyak port-port pecerapan di Mt John. Kami menggunakan teleskop selebar 1 meter. Teleskop yang terbesar yang ada di sini adalah selebar 1.8 meter milik kerjasama universiti NZ dan Jepun. Malam itu, aktiviti pencerapan tidak dapat dilakukan kerana langit berawan. Jam 12 tengah malam, kembali ke tempat penginapan dan tidur.

Teleskop 1 meter


Teleskop 1.8 meter


Teleskop saiz lain-lain


Sabtu 23 Januari


Pagi, aku bersarapan nasi goreng yang aku bawa dari Chch. Nasib baik aku bawa bekal. Tak kuasa la nak minum susu dengan cereal kosong je. Kemudian, shopping! Cikgu ajak ke Tekapo Village sebab nak beli hadiah untuk anak-anaknya. Aku beli baju tambahan kerana aku hanya bawa baju cukup untuk 1 malam sahaja. Tak pasal-pasal aku beli baju baru. Pengalaman pagi ini; kali pertama bershopping dengan cikgu omputih! Selepas itu, aku hanya melepakkan diri berseorangan. Malas nak ikut cikgu pergi sana-sini. Aku jalan seorang diri untuk ambil gambar pemandangan dari atas bukit. Cuaca hari yang sangat cerah menjadikan keindahan alam begitu terserlah.

Petang, aku terkejut dengan kehadiran Head of Departmnt (HoD) Fizik dan Astronomi di rumah. Rupanya dia pun akan menginap di rumah Encik Alan dan Puan Pam untuk 1 malam. Aku ikut cikgu ke Tekapo Village untuk makan malam bersama seorang lagi pelajar dan suaminya. Kami beli di kedai fish n chip dan makan di tepi tasik Tekapo. Pengalaman baru lagi: berkelah tepi tasik dengan mereka.

Jam 9 aku bersama cikgu ke balai cerap teleskop 1 meter. Keadaan cuaca yang cerah menjadikan pemandangan matahari terbenam di sebalik gunung-ganang begitu indah. Jauh dari atas bukit, aku dapat lihat beberapa orang sedang mendaki ke arah kami. Cikgu Karen segera mendekati mereka dan aku hanya mengekori dari belakang tanpa diajak. Rupa-rupanya, Vice Chancellor Uni ditemani oleh isteri, HoD, pelawat atmospheric dan lain-lain. Aku terkesima apabila diperkenalkan kepada orang-orang sedemikian kerasa aku adalah anak murid cikgu Karen yang merupakan pengarah balai cerap ini. Terkejut teramat apabila HoD perkenalkan aku sebagai pelajar tajaan Malaysia yang cemerlang peringkat Degree dan akan lanjutkan pengajian ke Hons. Aku tak dapat menidakkan apa yang dikatakan kerana ketiadaan kata-kata dalam bahasa asing itu. Rendahnya rasa diri ini apabila berjumpa dengan orang-orang penting seperti mereka. Aku betul-betul tak sangka akan diperkenalkan sedemikian. Diri ini bukanlah cukup hebat dan ternyata keputusan peperiksaan aku tidaklah sehebat rakan-rakan yang lain. Aku hanya mampu menerima pujian daripada vice chancellor itu dengan ucapan terima kasih. Disebabkan rasa janggal berada di kalangan mereka, aku mencari peluang untuk melarikan diri apabila mereka sedang leka melawat kawasan sekitar itu. Agaknya, pengalaman ini akan berulang lagi tak?

Dome paling comel

Setelah gelap malam, aku sekejap-kejap keluar dari bilik kajian untuk menikmati cahaya bulan dan bintang di luar. Cantiknya langit dari atas bukit. Tak pernah aku lihat keindahan malam seperti ini. Duduk di bilik kajian mengambil data amatlah membosankan. Teleskop dihalakan ke arah satu bintang yang teramat jauh dan hanya kelihatan sebesar syiling 5 sen di atas skrin. Bayangkanlah teleskop sebesar itu pun hanya dapat hasilkan imej sekecil itu, ini bermakna bintang tersebut teramatlah jauh dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Hampir jam 2 pagi, aku pulang untuk tidur. Masa ini bulan sudah terbenam dan yang tinggal hanyalah cahaya bintang. Sekitar luar balai cerap tiada satu pun lampu dipasang. Kami berjalan hanya melihat dengan cahaya bintang. Disebabkan cahaya bintang yang seakan-akan dekat di atas kepala, kami dapat melihat jalan dengan jelas. Cikgu tunjukkan kepadaku bintang-bintang yang biasa, bintang tujuh, galaxy-galaxy berhampiran dan juga planet berhampiran. Bertambahlah kekaguman aku apabila dapat lihat milky way jelas dari kaki langit barat ke kaki langit timur. Semuanya kelihatan sangat jelas tanpa teleskop, dan seakan-akan dapat dicapai dengan tangan. Perjalanan kami dibawah cahaya bintang tanpa sumber cahaya dari bukit merupakan pengalaman yang sangat bermakna. Aku sendiri dapat lihat jelas wajah cikgu seperti disuluh. Keadaan ini tidak sama sekali akan berlaku di bandar-bandar kerana gangguan cahaya lampu. Inilah tujuan sebenar mesyuarat yang dihadiri oleh cikgu semalam, di mana, untuk mengekalkan keindahan cahaya bintang, bandar-bandar berdekatan perlukan mengurangakn jumlah penggunaan lampu pada waktu malam. Lepas ni sila search 'starlight reserve'. Hehe

Siang-siang skodeng orang-orang kat Tekapo Village


Ahad 24 Januari

Pagi ini, selesai sarapan, kami bersiap untuk berangkat ke Chch. Seronoknya rasa bila nak balik ke rumah. Tapi, memikirkan terlalu banyak tugasan yang mesti aku lakukan, lemah rasanya. Lepas ni kena buat report tentang pencerapan bintang. Next meeting dengan cikgu: Khamis!

Syukur Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik. Segala urusan dipermudahkan oleh Allah. Cuma, aku terasa jadi seorang yang pendiam. Asyik mendiamkan diri bila semua orang bersembang. Teramat-amat bersyukur bila terfikir yang aku terpilih untuk dapat pengalaman yang disangkakan ini.

Rindunya nak ke sana lagi. Harap-harap, suatu hari nanti akan ada lagi peluang untuk ke sana.


Cafe Astro di puncak Mt John

2 comments:

aisyah 25 January 2010 at 3:18 pm  

uish..best2..huhu

azaias 27 January 2010 at 11:58 am  

waa..nashhh, pekaba?? lawanyer Tekapo village..oh ye, happy belated birthday..!!


Lake Tekapo, New Zealand

Blogger templates made by AllBlogTools.com

Back to TOP