keluar mulut buaya, masuk mulut naga

>> Saturday, 27 February 2010

Perumpamaan yang mampu menggambarkan situasi aku sekarang. Aku bingung dalam memilih subjek untuk tahun ini. Semuanya terlalu specific dan teramat berat bagi ku. Masing-masing tidak banyak persamaan antara satu sama lain. Tiada subjek yang berkenan di hati. Ada saja yang tidak kena. Ada yang lebih kepada kerja-kerja menyelesaikan masalah, ada yang lebih kepada perbincangan. Tak sangka dugaan pertama tahun ini ialah memilih subjek. Belum lagi menempuhinya dah aku terasa seakan-akan mahu putus asa. Saat ini aku terasa seperti meletakkan diri dalam bahaya, dalam cubaan menguji ketahanan mental. Adakah tahun ini merupakan eksperimen ke atas diri sendiri? Aku kembali tertekan.

Semalam merupakan hari akhir report summer project perlu dihantar. Minggu pertama kelas bermula ni aku terlalu busy siapkan report. Alhamdulillah, semuanya dah selesai. Rasa lega sangat walaupun next week akan mula projek baru (honours year project). Tak sempat nak menikmati weekend, dah ada banyak soalan assignment lecturer kasi. Penyeksaan apakah ini? Summer project presentation masih tertunggak, mungkin next week atau minggu seterusnya. Aku tiada pilihan, semuanya harus dilakukan. Tak ada jalan lain.

Mampukah aku menempuhi hari-hari mendatang? Adakah tangisan akan menemaniku bersama-sama melayari tahun ini? Cukup kuatkah aku? Matlamat setinggi gunung, tenaga tak sebanyak mana. Nak menjulang diri ke awan, sayap yang ada terlalu kecil. Kejutkan aku dari mimpi ini... Ya Allah... Ke mana hilangnya keyakinan diri ku...

Read more...

Februari yang busy

>> Thursday, 4 February 2010

Sejak balik dari Mt John 2 minggu lepas, aku makin sibuk dengan kerja-kerja kat ofis. Setiap hari ada saje tugasan baru yang perlu dibuat. Yela, laporan projek ni perlu dihantar sebelum 19 Februari ni. Lebih kurang 2 minggu dari sekarang. Kadang-kadang terfikir jugak, kenape la lecturer ni tak bagi semua kerja ni awal-awal dulu? Dah suntuk macam ni baru la aku yang terkial-kial nak menaip ni disuruhnya taip berjela-jela panjangnya dalam beberapa hari je. Tapi salah aku juga, sebab tak ready siap-siap masa lecturer tu bercuti dulu...

Kesuntukan masa yang teramat memaksa aku untuk mengurangkan waktu tidur selama 2 jam sehari (jumlah waktu tidur sebenar dirahsiakan). Hampir tak terasa musim panas yang siangnya lebih lama berbanding waktu malam. Seharian mengadap komputer tidak kira di ofis atau di bilik. Sekurang-kurangnya aku tak terasa bosan dek kerana kesunyian diri tinggal bersendirian kat Ilam ni. Rumah 6 bilik ini hanya berpenghuni 3 orang saja. Masing-masing sibuk menghabiskan sisa-sisa musim panas ini dengan hal sendiri.

Disebalik kesibukan hari-hariku, masih banyak perkara aku perlu selesaikan. Subjek-subjek masih belum dipilih untuk semester baru yang akan bermula 22 Februari ni. Application untuk graduation ceremony dan tempahan regalia perlu dihantar sebelum Mac. Minggu sebelum kelas, kena hantar report, then minggu pertama kelas, persentation project yang aku buat sepanjang summer ni. Pendek kata, aku tak ada cuti bulan Februari ini....! Oh tidak...

Masa sibuk-sibuk ni la banyak benda nak kena beli dan duit makin habis. JPA ada masalah bagi elaun kat student-student, so ramai yang masih tak dapat lagi. Biasanye JPA tak pernah lewat bagi duit. Paling lambat 28 hb mesti dah dapat. Tapi, nasib aku lagi sedih. Dah la tak dapat duit bulan Januari lagi. Untuk bulan-bulan akan datang, ntah bila nak dapat... Student honours memang selalu dapat lambat duit awal-awal ni sebab sambung kontrak lagi setahun. Nasib baik aku dah tuntut elaun tamat pengajian (Nzd718) akhir tahun lepas. Memang sekarang aku bergantung pada duit tu saja. Dan yang paling sedih, dah nak habis dah semua duit tu... Sebab bayar accommodation Ilam yang memcekik darah ni dan duit medical check-up. Time-time ni la banyak barang-barang keperluan harian nak dibeli. Sadisnya... Bila la nak penuh balik akaun dalam bank ni...?

Cerita happy pulak, ayah dah beli tiket ke Chch bulan April ni... Yeay! InsyaAllah, ayah umi, dibah akan datang untuk graduation ceremony aku nanti..!

Read more...

My Sunny Weekend

>> Monday, 25 January 2010

Kali ni aku nak ceritakan pengalaman yang aku lalui weekend yang lepas. Ketika Chch dilanda hujan yang tidak henti-henti di hujung minggu, aku menikmati cahaya matahari dan keindahan alam jauh dari Chch. Dan kisah ini bermula...

Khamis 21 Januari

Seperti biasa, aku membentangkan segala kerja-kerja minggu lalu di hadapan Cikgu Karen. Aku kemudiannya diberi senarai tugasan baru untuk diselesaikan dalam masa seminggu. Petang itu, dia mengajak aku ke Tekapo Village keesokan hari untuk melawat balai cerap yang terletak di Mt John. 250 km dari Christchurch. Aku tak semena-mena terpaksa buat keputusan segera dihadapannya. Tanpa berfikir panjang aku hanya menyetujui segala rancangannya. Aku akan berada di sana hanya untuk 1 malam sahaja.


Jumaat 22 Januari

Tepat pukul 9 pagi aku dah terpacak di perhentian bas Waimairi Road. 10 minit kemudian, aku sudah berada di dalam kereta milik Cikgu Karen. Tiba-tiba dia mengubah sedikit rancangannya di mana kami perlu berada di sana selama 2 malam. Aku hanya mengangguk tanda bersetuju. Cikgu Karen membawaku ke rumahnya terlebih dahulu kerana dia belum lagi berkemas. Setelah 10-15 minit berada di rumahnya, kami bertolak ke Tekapo. Sepanjang perjalanan yang mengambil masa selama 3 jam setengah, kami banyak berbual-bual mengenai perkara yang tidak berkaitan dengan akademik. Sedikit sebanyak, kami bercerita tentang latar belakang diri dan juga tentang keindahan New Zealand. Kadang-kala dia juga bertanya beberapa perkara tentang agama seperti makanan halal. Kami berhenti rehat di Geraldine untuk minum pagi dan meneruskan perjalanan ke Tekapo.

Tekapo Village dari Mt John

Tiba di Mt John, Cikgu Karen terus ke bertemu dengan kenalan-kenal
annya. Sebenarnya, tujuan asal dia ke sini adalah untuk menghadiri mesyuarat. Baruku tahu bahawa dia sebenarnya pengarah Balai Cerap Mt John. Sebelum mesyuarat bermula, aku dijemput masuk ke bilik tersebut. Mulanya aku agak terkejut dan ingin menolak. Tetapi, aku hanya mampu mengikut kerana ahli mesyuarat yang hadir ingin memperkenalkan diri dan juga perkenalkan pelajar masing-masing. Ada seorang pelajar yang dengan yakinnya menerangkan kajian yang sedang dia lakukan. Ketika ini aku terasa begitu kerdil diri ini kerana tidak bersedia untuk memberi sepatah dua ucapan sedikitpun. Syukurlah 'hint' yang aku berikan kepada Cikgu Karen berjaya difahami. Aku terlepas daripada memalukan diri sendiri dan cikgu dihadapan semua orang kerana ternyata aku tidak tahu apa yang harus aku katakan.

Kemudian, aku diberikan kerusi di sudut bilik andai kata aku ingin mendengar segala perbincangan dalam bilik mesyuarat itu. Perbincangan mereka mengenai 'Starlight Reserve' di mana mereka ingin mendapatkan perlindungan undang-undang untuk menambahkan kemalapan lampu-lampu pada waktu malam untuk mengekalkan keindahan sinaran cahaya bintang di bumi. Petang itu, cikgu Karen temankan aku jalan-jalan sekitar Mt John. Kami hanya melalui walking track dan dia seakan-akan 'tourist guide' aku pada masa ni. Banyak juga pengetahuan baru yang aku dapat. Jam 6, kami menonton tv bersama-sama kerana perbincangan mesyuarat tersebut disiarkan di berita TV1.

Rumah Tempat menginap

Jam 7 petang, aku ke rumah Encik Alan dan Puan Pam untuk menginap dirumah mereka. Mereka tinggal berdekatan dengan balai cerap dan hanya memakan masa 3 minit berjalan kaki. Aku terpaksa berkongsi bilik dengan Cikgu Karen. Pertama kali dalam sejarah hidup berkongsi bilik dengan orang putih. Nasib baik cikgu perempuan. Aku diajak untuk sama-sama makan malam di Tekapo Village yang jauhnya 4 km dari Mt John. Lega rasanya bila cikgu Karen memahami situasi aku yang terhad untuk memilih makanan. Kami makan di restoran pizza yang seakan-akan bar. Duduk di kalangan mereka memang terasa janggal apatah lagi masing-masing meng'order' beer. Terasa seperti ingin melarikan diri apabila mereka tidak henti-henti bersembang setelah selesai makan selama setengah jam. Memang kebiasaan mat saleh berbual-bual kosong terlalu lama di meja makan.

Kami kembali ke Mt John jam 9 sebelum matahari terbenam. Jam 10.30, aku ikut Cikgu Karen ke balai cerap untuk mengajarku serba sedikit tentang alatan percerapan. Sebenarnya, terdapat banyak port-port pecerapan di Mt John. Kami menggunakan teleskop selebar 1 meter. Teleskop yang terbesar yang ada di sini adalah selebar 1.8 meter milik kerjasama universiti NZ dan Jepun. Malam itu, aktiviti pencerapan tidak dapat dilakukan kerana langit berawan. Jam 12 tengah malam, kembali ke tempat penginapan dan tidur.

Teleskop 1 meter


Teleskop 1.8 meter


Teleskop saiz lain-lain


Sabtu 23 Januari


Pagi, aku bersarapan nasi goreng yang aku bawa dari Chch. Nasib baik aku bawa bekal. Tak kuasa la nak minum susu dengan cereal kosong je. Kemudian, shopping! Cikgu ajak ke Tekapo Village sebab nak beli hadiah untuk anak-anaknya. Aku beli baju tambahan kerana aku hanya bawa baju cukup untuk 1 malam sahaja. Tak pasal-pasal aku beli baju baru. Pengalaman pagi ini; kali pertama bershopping dengan cikgu omputih! Selepas itu, aku hanya melepakkan diri berseorangan. Malas nak ikut cikgu pergi sana-sini. Aku jalan seorang diri untuk ambil gambar pemandangan dari atas bukit. Cuaca hari yang sangat cerah menjadikan keindahan alam begitu terserlah.

Petang, aku terkejut dengan kehadiran Head of Departmnt (HoD) Fizik dan Astronomi di rumah. Rupanya dia pun akan menginap di rumah Encik Alan dan Puan Pam untuk 1 malam. Aku ikut cikgu ke Tekapo Village untuk makan malam bersama seorang lagi pelajar dan suaminya. Kami beli di kedai fish n chip dan makan di tepi tasik Tekapo. Pengalaman baru lagi: berkelah tepi tasik dengan mereka.

Jam 9 aku bersama cikgu ke balai cerap teleskop 1 meter. Keadaan cuaca yang cerah menjadikan pemandangan matahari terbenam di sebalik gunung-ganang begitu indah. Jauh dari atas bukit, aku dapat lihat beberapa orang sedang mendaki ke arah kami. Cikgu Karen segera mendekati mereka dan aku hanya mengekori dari belakang tanpa diajak. Rupa-rupanya, Vice Chancellor Uni ditemani oleh isteri, HoD, pelawat atmospheric dan lain-lain. Aku terkesima apabila diperkenalkan kepada orang-orang sedemikian kerasa aku adalah anak murid cikgu Karen yang merupakan pengarah balai cerap ini. Terkejut teramat apabila HoD perkenalkan aku sebagai pelajar tajaan Malaysia yang cemerlang peringkat Degree dan akan lanjutkan pengajian ke Hons. Aku tak dapat menidakkan apa yang dikatakan kerana ketiadaan kata-kata dalam bahasa asing itu. Rendahnya rasa diri ini apabila berjumpa dengan orang-orang penting seperti mereka. Aku betul-betul tak sangka akan diperkenalkan sedemikian. Diri ini bukanlah cukup hebat dan ternyata keputusan peperiksaan aku tidaklah sehebat rakan-rakan yang lain. Aku hanya mampu menerima pujian daripada vice chancellor itu dengan ucapan terima kasih. Disebabkan rasa janggal berada di kalangan mereka, aku mencari peluang untuk melarikan diri apabila mereka sedang leka melawat kawasan sekitar itu. Agaknya, pengalaman ini akan berulang lagi tak?

Dome paling comel

Setelah gelap malam, aku sekejap-kejap keluar dari bilik kajian untuk menikmati cahaya bulan dan bintang di luar. Cantiknya langit dari atas bukit. Tak pernah aku lihat keindahan malam seperti ini. Duduk di bilik kajian mengambil data amatlah membosankan. Teleskop dihalakan ke arah satu bintang yang teramat jauh dan hanya kelihatan sebesar syiling 5 sen di atas skrin. Bayangkanlah teleskop sebesar itu pun hanya dapat hasilkan imej sekecil itu, ini bermakna bintang tersebut teramatlah jauh dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Hampir jam 2 pagi, aku pulang untuk tidur. Masa ini bulan sudah terbenam dan yang tinggal hanyalah cahaya bintang. Sekitar luar balai cerap tiada satu pun lampu dipasang. Kami berjalan hanya melihat dengan cahaya bintang. Disebabkan cahaya bintang yang seakan-akan dekat di atas kepala, kami dapat melihat jalan dengan jelas. Cikgu tunjukkan kepadaku bintang-bintang yang biasa, bintang tujuh, galaxy-galaxy berhampiran dan juga planet berhampiran. Bertambahlah kekaguman aku apabila dapat lihat milky way jelas dari kaki langit barat ke kaki langit timur. Semuanya kelihatan sangat jelas tanpa teleskop, dan seakan-akan dapat dicapai dengan tangan. Perjalanan kami dibawah cahaya bintang tanpa sumber cahaya dari bukit merupakan pengalaman yang sangat bermakna. Aku sendiri dapat lihat jelas wajah cikgu seperti disuluh. Keadaan ini tidak sama sekali akan berlaku di bandar-bandar kerana gangguan cahaya lampu. Inilah tujuan sebenar mesyuarat yang dihadiri oleh cikgu semalam, di mana, untuk mengekalkan keindahan cahaya bintang, bandar-bandar berdekatan perlukan mengurangakn jumlah penggunaan lampu pada waktu malam. Lepas ni sila search 'starlight reserve'. Hehe

Siang-siang skodeng orang-orang kat Tekapo Village


Ahad 24 Januari

Pagi ini, selesai sarapan, kami bersiap untuk berangkat ke Chch. Seronoknya rasa bila nak balik ke rumah. Tapi, memikirkan terlalu banyak tugasan yang mesti aku lakukan, lemah rasanya. Lepas ni kena buat report tentang pencerapan bintang. Next meeting dengan cikgu: Khamis!

Syukur Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik. Segala urusan dipermudahkan oleh Allah. Cuma, aku terasa jadi seorang yang pendiam. Asyik mendiamkan diri bila semua orang bersembang. Teramat-amat bersyukur bila terfikir yang aku terpilih untuk dapat pengalaman yang disangkakan ini.

Rindunya nak ke sana lagi. Harap-harap, suatu hari nanti akan ada lagi peluang untuk ke sana.


Cafe Astro di puncak Mt John

Read more...

entry di hari jadi

>> Tuesday, 19 January 2010

Happy birthday to me
Happy birthday to me
Happy birthday to me
Happy birthday to me

Alhamdulillah, aku benar-benar bersyukur atas nikmat Allah yang tidak putus-putus ini. Hari ini, genap 23 tahun umurku. Aku betul-betul berterima kasih buat sahabat-sahabat yang ada di sini meraikan aku. Aku gembira dengan ucapan-ucapan dan doa-doa dari kawan-kawan di facebook. Tahun demi tahun, sambutan ulang tahun kelahiran bukanlah satu perkara yang teramat aku nantikan. Cukuplah sekadar aku dapat bersendirian dan melayan perasaan berseorangan, itulah yang biasa aku lakukan... Bagiku, hari ini sebenarnya hari istimewa buat Ummi yang melahirkan aku dan membesarkan aku. Dialah insan yang sebenar-benarnya layak untuk diraikan pada hari ini. Ummi, Nash sayang Ummi... Rindunya rasa...

Berita gembira di hari lahir... Aku dah dapat surat pengesahan daripada pihak universiti bahawa aku diterima untuk ke tahun kepujian (honours). Alhamdulillah, masih ada rezeki di sini... Insya-Allah, ianya mengambil masa setahun. Masih banyak yang perlu diuruskan sebelum bulan Februari. Urusan dengan JPA untuk sambung scholarship, medical check-up untuk visa, accommodation, bla...bla...bla... Tidak lupa juga tugasan semasa: selesaikan summer project (report dan presentation).

Ramai yang bertanya tentang project yang sedang aku lakukan sekarang. Dan mungkin jawapan-jawapan yang aku berikan tak menjelaskan kesemuanya. Yelah, aku pun tak tahu sangat apa yang aku buat sekarang ni. Ikut saja arahan supervisor. Yang aku tahu, ia berkaitan dengan sebiji bintang (apa penjodoh bilangan untuk bintang ye?). Hehe. Insya-Allah, entry akan datang aku akan cerita okay? Sebab sekarang ni aku dah dapat sedikit gambaran tentang kerja pelik yang aku buat tiap-tiap hari ni.

Read more...

Sepi itu (tak) Indah

>> Wednesday, 6 January 2010

Mampukah kesibukan hari menghilangkan rasa sunyi...?

Hari ni, aku jumpa teman berbual, untuk kurang 10 minit...
Cukuplah hanya seketika, setelah hampir 55 jam tak berbahasa melayu dengan sesiapa kat sini
Kenapa aku kira waktu ini...?
Mungkin ini cara untuk menghilangkan kebosanan bersendirian...

Semakin kerap pulak aku meng'update' kat blog ni...
Bermakna, semakin kerap juga aku bercakap seorang diri... (dalam hati je)
Sadisnya hari-hariku...

Aktiviti hari ni sambil bekerja: Mengira jumlah kapal terbang yang nampak kat langit. Syaratnya mesti melintasi atas bangunan physics ni (suka2 je buat syarat).
Dari jam 11 pagi sampai 3 ptg, dan 6 sampai 8 petang (pukul 9 baru malam)
Ada lebih 15 kapal terbang yang lalu
Macam-macam saiz...
Daripada yang kurus2 sampai yang gemok, ada yang putih, oren, sampai la hitam habis
Teringat pulak kapal terbang yang bawak banyak kereta dalam movie 2012 tu... hehehe...

Ada sesiapa yang mahu berbual denganku hari ini...?
Nak yang berbahasa melayu, please...

Read more...

aduhai mata

>> Tuesday, 5 January 2010

hari ketiga aku di new zealand sejak pulang ke malaysia tempoh hari
perbezaan waktu 5 jam membuatkan tidurku tak menentu
seawal jam 11 malam ku cuba untuk melelapkan mata
hingga lewat jam 1 pagi mata masih celik di dalam kegelapan
memaksa mata untuk pejam kerana aku perlu bangun awal pagi

jam 9 pagi aku sudah berada di meja
mata terlalu berat dihadapan komputer
alangkah baiknya kalau ketika ini berada di bilik
pasti aku akan tidur selena-lenanya
mata berair tanda mengantuk ketika mendengar senarai tugasan oleh lecturer

aduhai, banyaknye kerja....

haruskah aku tidur sekarang...?

sapa nak masak untukku malam ni angkat tangan!

Read more...

Summer in Christchurch

>> Monday, 4 January 2010

pertengahan musim panas di sini
cuaca tak berapa sejuk
tapi duduk berseorangan membuatkan rasa begitu dingin
sunyinya kat sini...
tak ada teman berbual di rumah
tak ada siapa untuk solat berjemaah di bilik
tak ada suara-suara bacaan ma'thurat menjelang maghrib

sayu rasa hati ketika memasak di dapur
tiada cerita-cerita sensasi kedengaran
hanya ditemani alunan muzik di tv

dah 24 jam tak bercakap dengan sesiapa
mungkin akan beterusan hingga 12 jam berikutnya
kadang-kadang aku terfikir, kenapa aku kat sini...?
kenapa seorang diri...?

sahabat-sahabatku... aku rindu kalian..!

Read more...

Tak lama lagi... Sudah mahu pulang...

>> Thursday, 24 December 2009

ITINERARY


Departing:Kuala Lumpur(KUL - Kuala Lumpur Intl Terminal M) on Sat, 02 Jan 2010, 1215 hrs
Arriving:Singapore(SIN - Changi Intl) on Sat, 02 Jan 2010, 1310 hrs
Flight:SQ109 (B777-200/200ER)

Departing:

Singapore(SIN - Changi Intl Terminal 3) on Sat, 02 Jan 2010, 1945 hrs
Arriving:Christchurch(CHC - Christchurch Intl) on Sun, 03 Jan 2010, 1030 hrs
Flight:SQ297 (B777-200/200ER)



Sekejap nye rasa balik Malaysia kali ni... tak sampai pun sebulan bercuti...
Apa nak buat... banyak tugasan yang menanti...

Read more...

Holiday....!! Yeeehaaaaa~

>> Thursday, 10 December 2009

Hari ini:
[08.00-09.20] Christchurch--->Auckland
[14.15-20.05] Auckland--->KLIA

Doakan perjalanan aku selamat pergi dan pulang
Amiinn....

Read more...

Musim Panas

>> Friday, 4 December 2009

Sedar tak sedar dah 4 hari di bulan Disember
Cuaca yang sejuk membuatkan aku tak rasa sekarang ni musim panas
Bangun pagi tadi menggigil kesejukan sebab suhu bilik macam dalam peti sejuk
Terpaksa kuatkan diri ke ofis sebab kerja bertimbun
Duduk kat ofis pun macam dalam peti ais... [heater Uni tak berfungsi pada musim panas]
Tangan dah beku semasa menaip
Sejuknya... Sejuknya... Sejuknya...
....

Meeting kedua semalam berjalan dengan baik
Alhamdulillah rasa bertambah confident untuk melalui hari-hari seterusnya
Walaupun penat sampai rasa nak pengsan...

Read more...

Lake Tekapo, New Zealand

Blogger templates made by AllBlogTools.com

Back to TOP